2 wakil rakyat Bersatu hilang keahlian selepas berkempen untuk Pakatan


KEAHLIAN parti Ahli Parlimen Tanjong Karang Dr Zulkafperi Hanapi dan Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari terhenti serta merta selepas menyertai kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu (KKB) Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin.

Ini bermakna kedua-dua wakil rakyat itu perlu mengosongkan kerusi mereka untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan mereka.

“Mereka bercakap di pentas PH semasa kempen KKB. Menurut perlembagaan kita (Bersatu), keahlian mereka ditamatkan secara automatik,” kata Hamzah kepada pemberita selepas ceramah Perikatan Nasional (PN) malam tadi.

“Mereka terhenti menjadi ahli maka dalam akta (lompat parti) telah diluluskan, kawasan mereka juga terpaksa dia lepaskan.”

Kedua-duanya akan menerima surat mengenai perkara ini minggu depan, tambah bekas menteri dalam negeri itu. – 9 Mei, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen