Teresa Kok terima ugutan bunuh 


Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menunjukkan sepucuk surat bertulis ugutan bunuh yang diterima bersama dua butir peluru. – Gambar Facebook, 19 Mei, 2024.

TERESA Kok menerima ugutan bunuh melalui surat yang dihantar kepadanya bersama dua peluru.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata dia menemui surat dan peluru itu di dalam peti suratnya pada malam Sabtu.

Bekas Menteri Industri Utama itu segera membuat laporan kepada polis.

“Saya sedang memeriksa peti surat saya di kediaman saya malam tadi dan saya terjumpa satu sampul surat dengan sesuatu yang berat di dalamnya.

“Apabila saya membukanya, saya ternampak dua butir peluru dengan sekeping kertas dan tertulis di atasnya perkataan ‘C*b*ilu Cina?!!! Lu Akan Mati!!! TUNGGU!!!’,” tulisnya.

Beliau turut berkongsikan gambar surat dan polis yang memeriksa peti mel di kediamannya menerusi Facebook. 

“Saya berterima kasih atas tindakan pantas daripada polis,” katanya. – 19 Mei, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen