AHLI Parlimen Seputeh Teresa Kok menghantar surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan berunsur fitnah dalam ucapannya pada Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman.
Kok berkata kenyataan Siti Mastura itu berbaur hasutan kerana mengaitkan beliau dan DAP sebagai pihak yang menyebarkan ideologi komunis dan menjejaskan sistem demokrasi di Malaysia.
“Beliau (Siti Mastura) diberi masa tiga hari bekerja untuk membalasnya yang tamat tempoh hari ini, 16 November 2023, jika gagal saya akan mengarahkan peguam saya memfailkan saman fitnah terhadapnya segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Siti Mastura mendakwa pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang juga bapa Lim Guan Eng ialah sepupu kepada Chin Peng, menerusi video berdurasi 46 minit 51 saat dalam ceramah politik di Kemaman, Terengganu baru-baru ini. – Bernama, 16 November, 2023.
Komen