Sekatan terhadap 4 syarikat Malaysia masih kekal, kata AS


Perbendaharaan AS mengenakan sekatan terhadap empat syarikat berpangkalan di Malaysia pada Disember lalu atas dakwaan syarikat berkenaan menyediakan komponen bagi program persenjataan Iran. – Gambar fail EPA, 9 Mei, 2024.

SEKATAN ke atas empat syarikat Malaysia yang didakwa membantu pengeluaran dron Iran masih dikuatkuasakan, kata pegawai Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

“Sekatan memberi kesan dan hanya akan dimansuhkan apabila jabatan itu mendapati ada perubahan tingkah laku menggalakkan.

“Sekatan menjadi alat berkuasa dan cekap dalam melaksanakan gangguan aktiviti memacu keuntungan atau penyediaan modal,” kata Brian Nelson, setiausaha rendah Perbendaharaan AS untuk terorisme dan risikan kewangan, seperti dilapor media.

Perbendaharaan AS mengenakan sekatan terhadap empat syarikat berpangkalan di Malaysia pada Disember lalu atas dakwaan syarikat berkenaan menyediakan komponen bagi program persenjataan Iran.

Reuters baru-baru ini melaporkan Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu ini, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.

Sumber enggan dikenali dipetik agensi berita itu berkata, terdapat peningkatan dalam wang yang dipindahkan ke Iran dan proksinya, termasuk Hamas, melalui sistem kewangan di Malaysia.

Kunjungan itu dibuat ketika AS meningkatkan tumpuannya terhadap pembiayaan ‘pengganas’ melalui Asia Tenggara, termasuk melalui usaha mengumpul dana dan penjualan minyak Iran yang diharamkan, menurut sumber itu. – 9 Mei, 2024.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen