Kenaikan tarif air baharu minimum, tidak beban pengguna, kata MB Terengganu


– Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Januari, 2024.

PELARASAN tarif air baharu untuk pengguna domestik di Terengganu adalah minimum dan tidak membebankan, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata sebanyak 73.8% pengguna domestik yang secara purata menggunakan hingga 40 meter padu air sebulan hanya akan mengalami kenaikan purata antara RM1.80 hingga RM7.16 sebulan mengikut jumlah penggunaan, susulan kenaikan tarif air bermula 1 Februari ini.

“Kadar kenaikan  berkenaan adalah paling rendah,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri akan meneruskan pemberian subsidi dan inisiatif kepada pengguna domestik seperti disarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ketika mengumumkan pelarasan tarif air baharu itu, Rabu lepas.

Beliau berkata bantuan atau inisiatif yang diberikan oleh operator bekalan air negeri iaitu Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) kepada pengguna domestik ketika ini adalah pemberian subsidi 20 meter padu kepada pengguna golongan B40.

“Pemberian subsidi ini melibatkan 11,832 akaun dengan kos tanggungan sebanyak RM1,176,180 setahun.

“Jumlah nilai pemberian air percuma oleh kerajaan negeri ini sebenarnya meningkat daripada RM8.40 kepada RM10 sebulan untuk setiap akaun penerima. Peningkatan kos ini bagaimanapun akan diserap dan ditanggung kerajaan negeri,” katanya sambil menggalakkan mereka yang layak dan belum memohon supaya membuat permohonan.

Pada masa sama, beliau berkata pemberian subsidi air juga akan diteruskan kepada masjid dan surau berdaftar melibatkan 1,883 akaun dengan kos tanggungan bernilai RM1.4 juta setahun, menjadikan RM2.5 juta setahun ditanggung kerajaan negeri bagi tujuan itu.

Menurut Ahmad Samsuri kenaikan purata 22 sen bagi setiap meter padu seperti yang diselaraskan SPAN adalah masih tidak mencukupi untuk mengatasi kenaikan kos operasi sejak kali terakhir tarif air di Terengganu disemak pada 1997.

Namun, katanya ia akan membantu SATU dalam menampung kos operasi serta meneruskan usaha menambah baik tahap perkhidmatan kepada sejumlah 341,546 akaun dengan 83% daripadanya adalah pengguna kategori domestik, setakat November 2023.

SPAN pada Rabu lepas mengumumkan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dilaksana bermula 1 Februari ini, dengan kenaikan itu disifatkan suruhanjaya berkenaan sebagai tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemampanan jangka panjang perkhidmatan air negara. – Bernama, 20 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • How to recover lost invement Ethereum

    Good day everyone, Im Mercy Kive from New jersey and I wish to bring to your attention the service of Ultimate recovery hacker pavel, team who helped me recover my stolen money. A few weeks ago, I was contacted on Instagram by someone pretending to be an account manager and forex investor, I was convinced to invest a huge sum of money through Bitcoins and Ethereum, I sent a total of $23,000 to this person and I was scammed off my money. I was really sad and frustrated, but while I was going through the pain of losing my money, a friend of mine told me about Unlimited Pavel Recovery Hacker team, a genuine and reputable team with plenty of good reviews, I contacted them immediately and provided all the information they needed, and to my surprise, they recovered all the money that I lost. I highly recommend Ultimate recovery hacker pavel if you need any assistance in recovering your money from these scammers.

    Email: [email protected]
    Website: https://ultimaterecoveryha.wixsite.com/ultimate-recovery-ha

    Dimuat naik 1 bulan yang lalu oleh Mercy kive · Ulasan