3 lelaki dipercayai dalang kartel perolehan TLDM ditahan


Menurut sumber ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 6 petang tadi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Januari, 2024.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan tiga lelaki dipercayai bertindak sebagai dalang kepada ‘kartel perolehan’ melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai lebih RM9 juta.

Menurut sumber ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 6 petang tadi.

Difahamkan tangkapan ke atas ketiga-tiga individu itu dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di kem berkenaan.

Sumber memaklumkan pembayaran penuh telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.  

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya lagi. – Bernama, 18 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen