Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan 2024


Bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion bagi 2024 adalah lebih tinggi berbanding 2023 yang berjumlah hampir AS$3.4 bilion. – Gambar AFP, 25 Disember, 2023.

PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion, lapor Xinhua memetik UN News pada Ahad.

Bajet bagi 2024 adalah lebih tinggi berbanding 2023 yang berjumlah hampir AS$3.4 bilion.

Belanjawan tetap meliputi aktiviti PBB meliputi pelbagai bidang, termasuk hal ehwal politik, keadilan dan undang-undang antarabangsa, kerjasama serantau untuk pembangunan, hak asasi manusia dan hal ehwal kemanusiaan serta maklumat awam.

Badan dunia itu mempunyai belanjawan pengaman berasingan yang mempunyai kitaran fiskal yang berakhir pada 30 Jun. – Bernama, 25 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen