UNSC tarik balik sekatan senjata ke atas Somalia bulan depan, kata presiden


Majlis Keselamatan melanjutkan sekatan senjata sehingga 15 November 2023 merujuk kepada ancaman berterusan oleh kumpulan pengganas al-Shabaab terhadap keamanan dan kestabilan rantau itu. – Gambar AFP, 26 November, 2023.

PRESIDEN Somalia Hassan Sheikh Mahamud semalam mengumumkan sekatan senjata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Somalia akan ditarik balik bulan depan.

“Kami mempunyai lima sasaran nasional tahun ini termasuk membebaskan negara daripada al-Shabaab, penghapusan sekatan senjata, kemasukan ke Komuniti Afrika Timur (EAC) dan pelepasan hutang serta sekatan senjata akan ditarik balik awal bulan depan,” kata Mahamud, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sementara itu penganalisis kanan Kumpulan Krisis Antarabangsa untuk Afrika Timur, Omar Mahmood berkata kenyataan presiden berhubung penghapusan sekatan senjata menandakan keyakinan antarabangsa terhadap Somalia.

Majlis Keselamatan melanjutkan sekatan senjata sehingga 15 November 2023 merujuk kepada ancaman berterusan oleh kumpulan pengganas al-Shabaab terhadap keamanan dan kestabilan rantau itu.

Sekatan senjata itu berkuat kuasa sejak tahun 1992 untuk memutus aliran senjata ke negara itu selepas terlibat dalam kancah perang saudara. – Bernama, 26 November, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen