TAHAP penyimpanan “working gas” di Amerika Syarikat ialah 3,664 bilion kaki padu pada 8 Disember, menyaksikan penurunan 55 bilion kaki padu berbanding minggu sebelumnya, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) pada Khamis.
Jumlah simpanan working gas meningkat sebanyak 7.2% dari tempoh masa yang sama tahun lalu iaitu pertambahan sebanyak 7.6% melebihi purata lima tahun, lapor Xinhua memetik Laporan Penyimpanan Gas Asli Mingguan EIA.
Working gas ditakrifkan sebagai jumlah gas asli yang disimpan di bawah tanah dan boleh dikeluarkan untuk kegunaan.
Kapasiti penyimpanannya boleh diukur menerusi dua kaedah: kapasiti reka bentuk dan kapasiti maksimum working gas. – Bernama, 15 Disember, 2023.
Komen