6 maut puting beliung landa AS


Puting beliung dan cuaca buruk melanda Tennessee, Amerika Syarikat mengakibatkan beberapa kediaman rosak teruk serta terputus bekalan elektrik. – Gambar Facebook, 10 Disember 2023.

SEKURANG-KURANGNYA enam orang maut, kediaman rosak dan bekalan elektrik terputus susulan puting beliung melanda Tennessee di Amerika Sayrikat (AS) semalam, kata pihak berkuasa.

Tiga orang dilaporkan maut di pinggir bandar Nashville, manakala gambar yang disiarkan oleh Pejabat Pengurusan Kecemasan bandar itu menunjukkan pokok tumbang dan beberapa kediaman runtuh.

“Malangnya kami boleh mengesahkan terdapat tiga kematian akibat cuaca buruk di Nesbitt Lane,” tulis pejabat itu di paltform media sosial X.

Di bandar Clarksville kira-kira 65 kilometer jauhnya, dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak terbunuh akibat puting beliung, menurut satu kenyataan daripada kerajaan Montgomery County.

“Selain itu, 23 orang dirawat di hospital,” katanya.

Tambahnya, pasukan penyelamat pertama “masih dalam fasa mencari dan menyelamat bencana ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Clarksville Joe Pitts mengisytiharkan darurat dan mengenakan perintah berkurung mulai 9:00 malam semalam.

“Saya mendapati adalah perlu untuk kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan masyarakat untuk meletakkan bandar ini di bawah perintah berkurung untuk malam ini (12/9) dan malam esok (12/10),” kata Pitts dalam satu kenyataan.

Kira-kira 52,000 pelanggan melaporkan gangguan bekalan elektrik di negeri itu pada petang semalam, turun daripada 86,000 sebelumnya, menurut poweroutage.us, tapak penjejakan.

Pembekal telekomunikasi CDE Lightband berkata lebih 14,000 pelanggannya di Clarksville terputus bekalan elektrik.

“Kami akan bekerja sepanjang masa untuk memulihkan semula bekalan elekreik ke bandar ini secepat secepat mungkin,” tulisnya di platform X.

Imej media tempatan menunjukkan deretan rumah yang diterbangkan angin kencang, kenderaan terbalik dan talian elektrik tumbang. – AFP, 10 Disember, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen