Titah Sultan Johor mengenai Petronas, SPRM tidak boleh dipandang ringan


KENYATAAN Sultan Johor baru-baru ini yang dia mahu SPRM dan Petronas melapor secara langsung kepadanya serta beberapa perancangan lain apabila dia menjadi Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diambil ringan.

Walaupun kuasa tersebut tidak diperuntukkan di dalam Perlembagaan keinginan yang disampaikan oleh Sultan Johor itu jika menjadi kenyataan akan menimbulkan beberapa persoalan penting berkait dengan peranan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.

Perlembagaan serta Undang-Undang Tubuh Negeri menggaris secara terperinci peranan, tanggungjawab serta bidang kuasa setiap Raja yang memerintah Negeri-Negeri serta juga Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum kuasa Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong diperincikan di dalam Perlembagaan yang disediakan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, pihak Raja-Raja mudah dipaksa oleh British supaya menyerah negeri-negeri mereka kepada British dan mereka menjadi Raja yang tidak ada negeri.

Untuk elak dari tekanan seperti ini konsep Raja Berperlembagaan disyor dan diterima.

Hari ini tekanan perlu dibuat juga kepada Parlimen. Hanya jika Raja dan Parlimen bersetuju barulah sesuatu undang-undang atau dasar atau keputusan boleh dibuat.

Agihan kuasa antara dua pihak lebih selamat dari kuasa mutlak. – 12 Disember, 2023.

* Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen