Majlis Peguam mohon semakan mahkamah keputusan AG dalam kes Zahid


Noel Achariam

Majlis Peguam Malaysia mohon kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyemak keputusan DNAA Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan kes rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Disember, 2023.

MAJLIS Peguam Malaysia memohon kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyemak keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan dalam kes rasuahnya.

Presidennya, Karen Cheah berkata mereka memohon semakan kehakiman terhadap keputusan peguam negara (AG) pada 4 September lalu.

“Setelah mempertimbang fakta kes Zahid, Majlis Peguam mengambil jalan perundangan ini sebagai sebahagian daripada kewajipan berkanunnya untuk menegakkan keadilan tanpa dipengaruhi oleh rasa takut atau pilih kasih.

“Tidak boleh dipertikaikan perbicaraan Zahid bermula lebih empat tahun lalu pada 18 November 2019, di mana ada kes prima facie,” katanya dalam satu kenyataan.

Cheah berkata dengan 77 hari perbicaraan sudah berjalan dan saksi ke-15 Zahid memberi keterangan, kes itu dalam peringkat pembelaan pada 4 September 2023.

Ini, katanya apabila dakwaan dibuat peguam negara bahawa siasatan lanjut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperlukan berdasarkan beberapa representasi yang dibuat oleh Zahid pada Disember 2022, tiga tahun selepas kes itu bermula.

“Badan peguam berpandangan budi bicara peguam di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan adalah tidak mutlak dan harus terbatas serta boleh dihakimi oleh mahkamah.

Kata Cheah, kes Zahid berkait kepentingan awam kerana ia melibatkan pertuduhan  pecah amanah, jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap individu yang berkuasa ketika didakwa. – 4 Disember, 2023.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen