PM dijangka jawab isu DNAA di Dewan Rakyat esok, kata Azalina


Azalina Othman Said berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim mungkin akan menjawab persoalan mengenai keputusan DNAA pada pukul 2.30 petang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 September, 2023.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim dijangka menjawab persoalan mengenai keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata Anwar mungkin akan menjawab persoalanan itu pada pukul 2.30 petang.

“Kota Bharu (Takiyuddin Hassan) bertanyakan sama ada perdana menteri akan menjawab. Tuan punya badan ada di sini, buat tangan ‘good’ itu dia (Anwar) akan jawab esok, Insya-Allah pukul 2.30 hingga 3 petang.

“Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada perdana menteri tetapi komitmen daripada kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan Takiyuddin sama ada Perdana Menteri akan menjawab isu DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi itu di Dewan Rakyat. – Bernama, 18 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen