DNAA kes Zahid keputusan AG, saya tidak campur tangan, kata PM


Ravin Palanisamy

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan campur tangan dalam kes Ahmad Zahid Hamidi dan hanya meminta AG menjelaskan sebab DNAA diberikan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 September, 2023.

KEPUTUSAN menarik balik pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan dibebas tanpa dilepaskan (DNAA) adalah keputusan peguam negara (AG), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada Parlimen.

Anwar menafikan beliau mengadakan perbincangan atau campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh AG.

Anwar berkata beliau hanya meminta AG menjelaskan sebab DNAA diberikan kepada Zahid.

“Saya bukan berbincang mengenai keputusannya (menghentikan prosiding), saya (cuma) tanya alasan, minta penjelasan (dan) can you defend it (adakah kamu boleh mempertahankan keputusan tersebut)?).

“AG kemudiannya memberikan 11 sebab untuk pertuduhan itu digugurkan,” katanya kepada dewan, menjawab perkara yang dibangkitkan semasa Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 

Anwar berkata sebarang DNAA atau DAA (dibebas dan dilepaskan) adalah atas budi bicara AG di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. – 19 September, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen