RUU Kawalan Produk Merokok dibentang semula, kata Zaliha


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata bacaan kalian kedua RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentang semula bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 November, 2023.

RANG Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentang semula bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat esok. 

Terdahulu beliau menarik semula Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali kedua seperti yang tertera dalam No 4 Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Rang undang-undang yang ditarik balik itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 12 Jun lepas sebelum dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen.

Pembentangan rang undang-undang itu menggantikan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentang bagi bacaan kali pertama pada 27 Julai 2022 oleh Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin. – Bernama, 28 November, 2023.

MENYUSUL



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen