AFRIKA Selatan menarik diri daripada bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2027, dengan alasan khuatir akan membuat pembentangan tergesa-gesa kepada FIFA pada Disember nanti.
Tarikh akhir mengemukakan rancangan komprehensif untuk kejohanan itu ialah 8 Disember dan pegawai Afrika Selatan percaya adalah lebih bijak mencuba dan menganjurkan edisi berikut pada 2031.
“Kami berasa adalah lebih baik untuk membentangkan bidaan dengan persediaan lengkap untuk 2031… daripada menghasilkan pembentangan tergesa-gesa,” kata Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan Lydia Monyepao.
Ia menjadikan hanya tinggal tiga bidaan—tawaran bersama oleh Belgium, Belanda dan Jerman; Mexico; Amerika Syarikat; dan Brazil.
Kongres Fifa pada 17 Mei 2024 akan memutuskan bidaan mana yang berjaya dan menyertai tuan rumah bersama Australia dan New Zealand dalam mengadakan kejohanan empat tahun yang semakin popular itu.
Sepanyol menjadi juara selepas menewaskan England 1-0 dalam perlawanan akhir yang disaksikan oleh 75,784 penonton di Sydney pada Ogos lalu. – AFP, 26 November, 2023.
Komen