5 negara boleh layak Euro 2024 minggu ini


Perancis akan layak ke kejohanan tahun depan jika mereka menewaskan Belanda pada Jumaat atau jika mereka seri manakala Greece tewas kepada Ireland. – Gambar EPA, 10 Oktober, 2023.

LIMA negara boleh mengesahkan tempat dalam Euro 2024 di Jerman semasa aksi kelayakan Eropah seterusnya pada minggu ini.

Scotland boleh menjadi negara pertama menyertai tuan rumah Jerman jika mereka menewaskan Sepanyol pada Khamis atau jika Norway tidak memenangi perlawanan mereka menentang Cyprus, kata Agensi Berita Jerman (dpa).

Perancis akan layak ke kejohanan tahun depan jika mereka menewaskan Belanda pada Jumaat atau jika mereka seri manakala Greece tewas kepada Ireland.

Belgium dan Austria pula akan bermain antara satu sama lain pada Jumaat dan pemenang akan diberi ganjaran tiket ke Euro 2024. 

Pada hari yang sama, Portugal akan layak jika pasukan itu mengalahkan Slovakia atau jika mereka seri manakala Luxembourg tewas kepada Iceland.

Penyandang Itali serta Belanda, Croatia dan Sepanyol adalah antara pasukan yang dijamin sekurang-kurangnya tempat play-off kerana ranking Liga Negara-Negara. – Bernama, 10 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen