Kami akan mogok lapar jika AGC berdiam diri, kata ibu Nhaveen


Ravin Palanisamy

Mendiang T Nhaveen, 18, diserang dalam satu insiden di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 9 Jun, 2017. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Oktober, 2023.

IBU kepada mendiang T. Nhaveen, Shanti Dorairaj akan mogok lapar Sabtu ini di Brickfields, Kuala Lumpur jika masih tiada perkembangan terkini dari Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi George Town yang membebas dan melepaskan lima lelaki daripada pertuduhan mencedera dan membunuh dan remaja itu pada 2017.

Shanti berkata sehingga ke hari ini beliau dan peguam pemerhati yang dilantik oleh keluarga mendiang tidak menerima sebarang maklumat dari AGC.

“Saya penat menunggu maklumat atau perkembangan terbaharu berkenaan kes anak saya selepas AGC kata telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

“Kalau mereka tak mahu datang berjumpa saya atau maklumkan berita terkini mengenai kes ini kepada peguam pemerhati kami, maka saya tiada pilihan selain mengadakan mogok lapar di Kuala Lumpur pada Sabtu ini (18 November).

“Tujuan mogok ini adalah untuk meminta AGC maklumkan kami mengenai status kes serta permohonan waran tangkap terhadap  tertuduh,” katanya kepada media.

Shanti selain itu menggesa AGC membenarkan mereka melantik peguam persendirian di peringkat rayuan jika jabatan itu tidak mahu mengendalikan kes anaknya.

“Saya harap AGC faham situasi saya ketika ini. Saya sangat tertekan kerana sampai sekarang masih tak tahu apa-apa mengenai status kes anak saya,” tambahnya. – 14 November, 2023.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen