Stesen minyak di Arab Saudi didenda 2,500 riyal jika tandas kotor


MULAI Isnin, Kementerian Perbandaran dan Luar Bandar dan Perumahan Arab Saudi akan menguatkuasakan denda 2,500 riyal (kira-kira RM3,154) terhadap stesen minyak yang gagal menyelenggara tandas bersih.

Langkah itu berikutan dekri rasmi yang menyasarkan stesen minyak yang tidak mematuhi peraturan, dengan penalti sehingga 25,000 riyal.

Denda kementerian itu meliputi pelbagai kesalahan, terutamanya stesen minyak yang mengabaikan piawaian kawal selia tertentu. Penalti yang digariskan adalah seperti berikut:

* Ketiadaan masjid di dalam premis stesen, mengikut piawaian ditetapkan akan dikenakan denda 5,000 riyal. Stesen dikehendaki membetulkan kesalahan ini dengan membina masjid; kegagalan mengendalikan kedai kopi di stesen minyak mengikut garis panduan perbandaran akan menyebabkan pesalah dikenakan denda sehingga 5,000 riyal; begitu juga, restoran di stesen minyak yang mengikut spesifikasi perbandaran akan didenda sehingga 5,000 riyal; ketiadaan kedai tayar di stesen minyak akan dikenakan denda antara 1,000 hingga 5,000 riyal; kebocoran air dalam tandas atau tidak bersih kini boleh dihukum denda sehingga 2,500 riyal dan akhir sekali, ketiadaan tong sampah atau lantai kotor di stesen minyak juga akan mengakibatkan denda sehingga 2,500 riyal.

Kementerian menjelaskan langkah ini disediakan untuk memastikan tahap perkhidmatan dan kebersihan yang standard di semua stesen minyak.

Semua stesen minyak dinasihatkan agar mematuhi peraturan ini dengan tegas untuk mengelakkan penalti  dan menyumbang kepada penyediaan perkhidmatan yang lebih baik dan bersih kepada orang ramai. – Agensi, 17 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen