2 dron bawa dadah ditembak jatuh pihak berkuasa Jordan


TENTERA Zon Timur Jordan pada Selasa menembak jatuh dua dron yang mengangkut narkotik dari Syria, kata sumber rasmi tentera di Komando Am Angkatan Tentera Jordan-Arab.

“Pasukan Pengawal Sempadan, dengan penyelarasan Pentadbiran Anti-Narkotik dan perkhidmatan keselamatan tentera memantau dua dron yang cuba melintasi sempadan dari Syria dan menembaknya,” lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik sumber itu.

Dron itu didapati membawa sejumlah besar dadah kristal yang kemudiannya diserah kepada pihak berkuasa yang berkaitan. – Bernama, 27 September, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen