BIRO Narkotik Pusat (CNB) Singapura menahan 130 suspek yang dipercayai terlibat dalam kes dadah menerusi operasi yang dijalankan di seluruh negara dari 14 hingga 25 Ogos, lapor Xinhua memetik kenyataan biro itu pada Sabtu.
Menurut kenyataan itu, CNB merampas beberapa jenis dadah termasuk kira-kira 1,318 gram heroin, 2,535 gram ganja, 486 gram ‘ice’ dan 188 gram ketamin.
Antara suspek yang ditahan termasuk seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan lelaki berusia 17 tahun.
CNB sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap semua suspek yang ditahan itu. – Bernama, 26 Ogos, 2023.
Komen