PRK DUN Jepak pada 4 November, umum SPR


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak pada 4 November depan.

Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 21 Oktober dan 31 Oktober.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR, di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK DUN itu. 

PRK DUN Jepak perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

Talib, 72, meninggal dunia pada kira-kira pukul 5.50 petang ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan pada 14 September. – Bernama, 25 September, 2023.


 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen