BEKAS pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menyertai parti pembangkang PKR hari ini.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata aktivis itu memutuskan untuk menyertai parti itu bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya hari ini ingin mengumumkan bahawa Maria Chin abdullah yang juga antara aktivis terkenal di Malaysia, akan menjadi sebahagian daripada keluarga PKR,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Sementara itu,
“Saya fikir inilah politik baharu. Anda tidak perlu menyertai sesuatu parti. Itu persoalan yang boleh kita bincangkan selepas pilihan raya,” katanya selepas sidang akhbar itu.
Nurul Izzah mengesahkan Maria akan dicalonkan pada PRU14 di kerusi selamat, iaitu mungkin kawasan bandar.
Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata walaupun jika Maria bertanding tanpa menyertai parti itu, kerusi berkenaan akan menjadi milik PKR.
“Jika dia menang, dia akan berdiri di Parlimen sebagai ahli Parlimen PKR,” katanya.
Maria berkata beliau juga bersetuju dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang memperjuangkan isu selama ini dibawanya.
“Semua agenda yang saya perjuangkan selama ini, saya memang minat dengan kesaksamaan gender. Ia semuanya ada dalam manifesto PH yang akan membimbing saya bagaimana kami akan bekerjasama.
“Tidak mungkin saya akan menyertai Barisan Nasional di mana semua isu yang saya perjuangkan tidak dihormati,” katanya.
Maria juga menjelaskan bahawa kedudukan Bersih 2.0 sebagai pemantau pilihan raya tidak akan terjejas apabila beliau menyertai parti politik.
“Saya tidak fikir ia akan terjejas. Saya sudah pun berhenti daripada Bersih.”
Selama lebih tiga dekad, Maria menjadi aktivis di Malaysia dengan fokus kepada pergerakan wanita.
Pada 1993, beliau berkahwin dengan rakan aktivisnya Yunus Ali, yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1980-an.
Maria turut ditahan di bawah akta sama, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma pada 2016 selama 10 hari. – 23 Mac, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan