C4 Center mahu Anwar tumpu isu ketelusan, akauntabiliti dan rasuah


Ravin Palanisamy

Anwar Ibrahim perlu selamatkan negara dengan segera melaksanakan pembaharuan tadbir urus yang lebih bagus berbanding keraaajn sebelum ini. – Gambar Jabatan Penerangan, 25 November, 2022.

PUSAT Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) menyeru Anwar Ibrahim utamakan ketelusan, akauntabiliti dan anti-rasuah.

Ia turut mengingatkan Perdana Menteri baharu Malaysia itu yang kerajaan perpaduannya akan berhadapan pelbagai cabaran, menggesa Anwar tidak mengetepikan tadbir urus bagus dan memihak kepada kepentingan politik.

“Dengan kemegahan kerajaan perpaduan, akan muncul juga masalah jika pentadbiran tidak dapat kekalkan kepercayaan rakyat atau anggota Parlimen, kerajaan berkemungkinan besar akan berkecai.

“Rakyat Malaysia sememangnya sudah penat menanggung ketidakstabilan yang berlebihan, dan sudah tentu tidak mahu berlaku lagi “Langkah Sheraton”.

“Adalah demi kepentingan kerajaan dan negara untuk memerintah secara telus dan akauntabiliti sebagai komponen utama untuk bangkit semula daripada kelemahan kerajaan sebelum ini,” kata C4 Center dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar, reformis veteran negara dan bekas ketua pembangkang, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 semalam.

Pelantikan Anwar berlaku selepas beberapa hari kebuntuan politik, di mana beliau dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak dapat memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Anwar bersetuju untuk pembentukan kerajaan perpaduan, yang kini merangkumi musuh lama PH yakni Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Warisan, dan beberapa lagi parti dan ahli parlimen bebas.

Memetik sidang akhbar pertama Anwar semalam, di mana beliau bercakap mengenai pendirian menolak rasuah dan salah guna kuasa, C4 Center menggesa beliau melihat dan ikuti Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019.

Pusat C4 turut menggesa pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dilaksanakan serta-merta. – 25 November, 2022.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen