Sultan Brunei raja paling lama memerintah selepas Ratu Elizabeth mangkat


Sultan Hassanal Bolkiah menaiki takhta pada 1967 dan telah memerintah hampir 55 tahun, manakala Ratu Elizabeth II menduduki takhta selama lebih 70 tahun. – Gambar EPA, 10 September, 2022.

SULTAN Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menjadi raja paling lama memerintah di dunia susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, lapor Sputnik memetik akhbar Daily Mail pada Jumaat.

Sultan Hassanal Bolkiah menaiki takhta pada 1967 dan telah memerintah hampir 55 tahun, manakala Ratu Elizabeth II menduduki takhta selama lebih 70 tahun, lapor akhbar itu.

Raja kedua paling lama memerintah ialah Ratu Margrethe II dari Denmark.

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis. – Bernama, 10 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen