TONY Pua bakal bertemu dengan usahawan NFT yang sebelum ini mendakwa terdapat transaksi ‘tidak boleh dipercayai’ berkait penjualan lukisannya ‘Langkah Sheraton’
Ahli Parlimen Damansara itu berkata beliau akan bersemuka dengan individu itu esok untuk menjelaskan perkara itu.
“Saya sudah mesej lelaki yang buat dakwaan itu. Saya beritahu dia setiap sen NFT yang terjual sudah kami terima.
“Saya tawarkan untuk jumpa dia untuk tunjuk rekod dan dia setuju untuk jumpa tengahari esok (Jumaat),” katanya kepada The Malaysian Insight ketika dihubungi.
Melalui ciapan balas individu itu kepada Tony di Twitter dia sedang mengumpulkan komuniti NFT untuk menghadiri sesi itu.
“Saya sedang kumpulakn komuniti NFT untuk sertai sesi ini. Jika anda berminat untuk turut serta boleh mesej saya.
“Bukan untuk politik atau nak serang tapi untuk ada sesi dialog yang sopan,” ciapnya.
NFT adalah token digital yang membolehkan pemilik menjual dan membeli hak milik aset digital.
Pemilikan NFT ini direkodkan dalam blok rantai (blockchain) yang tidak boleh diedit atau ditokok tambah.
Baru-baru ini Tony mengumumkan penjualan lukisan ‘Langkah Sheraton’ karyanya mengumpulkan RM1.3 juta yang bakal digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tony berjaya menjual 8,888 salinan lukisan digital miliknya itu terjual dalam tempoh kurang 28 jam selepas pelancaran jualan pada 31 Ogos lalu.
Dilaporkan lukisan itu kini dimiliki oleh 148 pemegang dalam blok rantai. – 8 September, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen