Tony Pua selar Najib 'buta wang' berkaitan hutang 1MDB


Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berkata Najib Razak buta kewangan" jika beranggapan menebus bon yang didagangkan dalam pasaran bon adalah seperti membayar pinjaman perumahannya dengan bank. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Mac, 2022.

AHLI Parlimen Damansara Tony Pua mengkritik Najib Razak yang mempersoalkan kerajaan kerana tidak membayar bon 1MDB sebelum tarikh matang bagi menjimatkan kos faedah.

Beliau berkata bekas perdana menteri itu “buta kewangan” jika beranggapan menebus bon yang didagangkan dalam pasaran bon adalah seperti membayar pinjaman perumahannya dengan bank.

“Sebab itulah ia dipanggil bon dan bukan pinjaman bank.

“Sekiranya Najib menutup mulutnya dan mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada bekas pegawai banknya di Goldman Sachs mereka akan memberitahunya bahawa tidak normal bagi bon ditebus awal kerana ia cenderung sangat mahal untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Pua berkata Najib “tidak tahu malu” dalam cuba mengalihkan kesalahan kepada kerajaan berikutnya kerana gagal menebus hutang awal dengan hasil dari pemulihan dana yang disalahgunakannya.

Pada Selasa Najib berkata di Dewan Rakyat bahawa adalah tidak wajar untuk mencadangkan rakyat membayar hutang 1MDB.

Najib berkata dana awam tidak diperlukan kerana pelbagai jumlah wang diperoleh daripada Goldman Sachs, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman AS. 

Pua hari ini berkata Najib jahil kerana tidak mengetahui jika kerajaan cuba memperoleh atau menebus keseluruhan terbitan bon, ia perlu membayar premium yang jauh lebih tinggi.

“Sama seperti dalam pasaran saham apabila permintaan untuk saham meningkat, harga saham meningkat - ia adalah serupa dalam pasaran bon.

“Oleh itu terdapat sedikit kemungkinan bagi kerajaan untuk menjimatkan caj faedah melalui penebusan awal,” katanya. – 4 Mac, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen