BEKAS perdana menteri Najib Razak membuat dakwaan tidak berasas mengenai pembayaran balik hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Dewan Rakyat untuk menimbulkan tanggapan bahawa beliau tidak bersalah, kata Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.
Ahli Parlimen Pekan itu yang disabitkan dengan kesalahan rasuah dalam pertuduhan berkaitan skandal 1MDB berhasrat untuk memberi gambaran bahawa tindakannya itu tidak membebankan rakyat sebaliknya menguntungkan mereka, katanya dalam surat kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.
Surat Pua bertarikh 22 Mac adalah maklum balas terhadap penjelasan Najib kepada Azhar mengenai kenyataan bekas perdana menteri itu yang dibuat di Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak perlu membayar jumlah pokok hutang 1MDB kerana pelbagai entiti sudah memulangkan dana 1MDB kepada Malaysia berjumlah RM23 bilion.
Selepas Najib membuat dakwaan itu Pua meminta bekas perdana menteri itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana mengelirukan dewan.
Pada Isnin Azhar berkata beliau akan memutuskan sama ada Najib membuat kenyataan mengelirukan selepas Pua menjawab penjelasan Najib yang dikemukakan bekas perdana menteri itu sebelum ini.
Pua yang merupakan setiausaha politik bekas menteri kewangan Lim Guan Eng di Kementerian Kewangan semasa Pakatan Harapan memerintah menyangkal Najib dalam beberapa perkara di dalam suratnya hari ini.
Satunya selepas kenyatannya pada 2 Mac bahawa tiada satu sen pun daripada jumlah prinsipal dibayar, Najib dalam penjelasannya kepada speaker mengakui adalah benar jumlah prinsipal dibayar pada 2017 dan 2018 ketika beliau (Najib) memegang jawatan menteri kewangan. – 23 Mac, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen