Pengamal perubatan Cina serap kos tinggi untuk bantu pesakit


Khoo Gek San

Harga ubat herba tradisional Cina naik empat kali sejak Januari dan kini hampir 100% lebih tinggi, kata pengamal perubatan itu. – Gambar EPA, 18 Julai, 2022.

PENGGUNA perlu membayar lebih 100% untuk perubatan herba dan produk kesihatan cina kerana cuaca panas menyebabkan semakin ramai yang sakit, kata pengamal perubatan tradisional.

Harga barangan itu naik empat kali sejak Januari dan kini hampir 100% lebih tinggi, dengan antara sebabnya ialah kerana penurunan nilai ringgit dan kos import dan logistik yang semakin meningkat.

Presiden Persekutuan Persatuan Doktor dan Pengedar Perubatan Cina Malaysia Boon Yip Heng ubat herba paling mendapat permintaan pada masa ini ialah ubat untuk menguatkan paru-paru dan detoks badan.

“Tiada masalah kekurangan bekalan tetapi harga produk ini naik beberapa kali, setiap kali naik antara 10% hingga 20%. Harga sebenarnya mulai naik tahun lalu,” kata Boon.

Sebahagian bahan dalam produk itu turut mengalami kenaikan harga iaitu Asiatic Plantain yang sebelum ini RM25 sekilogram tetapi kini R70, dan akar Rehmannia kini RM60 berbanding R17 sebelum ini.

Bahan popular lain yang digunakan untuk perubatan paru-paru dan detoksifikasi, seperti Houttuynia cordata, Korean Mint, bunga Honeysuckle dan buah Monk (popular dengan nama luo han guo) juga naik hingga 20% sejak dua bulan lalu.

Boon berkata sebab lain kenaikan harga ialah kerana perintah berkurung Covid-19 di beberapa bandar dan wilayah di China yang menjejaskan rantanian bekalan untuk sesetengah bahan.

Kesukaran lain dihadapi pembuat dan pengamal ubat tradisional Cina ialah bahan itu tidak boleh disimpan bagi tempoh lama, katanya.

“Mereka tidak beli dengan kuantiti yang banyak, dan keadaan itu terjejas akibat kenaikan harga.” – 18 Julai, 2022.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen