2,003 kes baharu Covid-19, 1 kematian direkodkan


NEGARA melaporkan 2,003 jangkitan baharu Covid-19 semalam, menurun berbanding 2,302 kes pada hari sebelumnya.

Laman web CovidNow menunjukkan cuma terdapat satu kematian di Pulau Pinang yang dikaitkan dengan virus ini.

Kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,556,664 jangkitan sejak Covid muncul di Malaysia.

Ini juga menjadikan kes aktif kini berjumlah 28,151 dengan 35,746 kematian.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 690 kes, diikuti Kuala Lumpur (517) dan Pulau Pinang (179).

Sabah melaporkan 113 kes, Perak (101), Negeri Sembilan (87), Johor (72), Melaka (56), Putrajaya (49), Sarawak (41), Kedah (38), Terengganu (17), Kelantan (14), Perlis (7) dan Labuan (2).

Ketika ini terdapat 1,082 kemasukan ke hospital Covid-19 dengan 12  orang dilaporkan di unit rawatan rapi, dengan 19 pesakit memerlukan ventilator. – 27 Jun, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen