MALAYSIA terus mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 dengan 1,469 jangkitan semalam, berbanding 1,697 kes sehari sebelum.
CovidNow menunjukkan jangkitan baharu yang dilaporkan ini menjadikan kes terkumpul sebanyak 4,481,278 sejak pandemik melanda pada 2020.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 615 kes, diikuti Kuala Lumpur (219) dan Pulau Pinang (123).
Negeri Sembilan mencatatkan 112 kes baharu, Perak (95), Johor (64), Sarawak (29), Melaka (34), Putrajaya (32), Kedah (59), Pahang (22), Sabah (27), Terengganu (13), Kelantan (14), Labuan (6) dan Perlis (5).
Sebanyak tiga kematian direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 kepada 35,623.
Kadar kematian adalah 0.2% dan kadar kematian terkumpul sebanyak 0.8%. – 17 Mei, 2022.

Komen