Togo isytihar darurat di Savanes ekoran serangan pengganas


Togo isytihar darurat di wilayah Savanes dekat sempadan Burkina Faso berikutan isu keselamatan. – Gambar AFP, 14 Jun, 2022.

TOGO pada Isnin mengisytiharkan darurat di wilayah Savanes dekat sempadan dengan Burkina Faso berikutan isu keselamatan.

Langkah itu diambil ekoran peningkatan serangan pengganas di Savanes baru-baru ini dan bertujuan untuk mengurus dan mempercepatkan operasi ketenteraan di rantau itu dengan lebih berkesan, lapor Agensi Anadolu memetik Majlis Menteri.

Pada Mei lalu, lapan tentera terbunuh dalam satu serangan pengganas di sempadan Togo dengan Burkina Faso. Difahamkan bahawa kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan Daesh yang beroperasi di Burkina Faso, Niger dan Mali cuba untuk mara ke Teluk Guinea.

Kumpulan pengganas cuba untuk menggunakan laluan laut dengan mara ke Ivory Coast, Benin dan Togo, yang bersempadan dengan Teluk Guinea. – Bernama, 14 Jun, 2022.              



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen