Perdana Menteri Togo, kerajaan berundur


Faure Gnassingbe telah memimpin negara yang berjumlah lapan juta rakyat sejak mengambil alih kepimpinan pada 2005 sejurus kematian ayahnya Gnassingbe Eyadema yang memerintah selama 38 tahun. – Gambar AFP, 26 September, 2020.

PERDANA menteri Togo dan kerajaannya telah mengundurkan diri, kata presiden Afrika Barat semalam.

Presiden Faure Gnassingbe mengucapkan tahniah kepada perdana menteri Komi Selom Klassou dan pasukannya atas “usaha ekonomi, politik dan sosial mereka dan hasil yang memberangsangkan disebalik krisis pandemik di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan di laman web rasmi presiden.

Rombakan politik Togo ditunda sejak Gnassingbe dipilih kembali pada Februari untuk penggal keempat, tetapi rombakan itu ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Pemilihan presiden, setelah perubahan perlembagaan, membolehkan Gnassingbe dicalon semula dan mengulang kembali sistem pemerintahan ‘ala dinasti’ keluarganya sejak bebas dari jajahan Perancis.

Kemenangannya itu bagaimanapun dipertikaikan juga oleh pembangkang walaupun pihak pembangkang kerap diancam sedangkan mendapat pungutan suara.

Presiden itu telah memimpin negara yang berjumlah lapan juta rakyat sejak mengambil alih kepimpinan pada 2005 sejurus kematian ayahnya Gnassingbe Eyadema yang memerintah selama 38 tahun.

Klassou telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak 2015.

Ekonomi Togo semakin teruk selepas dilanda pandemik Covid-19 kerana pihak berkuasa mengenakan sekatan untuk menghalang penularan Covid-19.

Pada Mac lalu, parlimen Togo telah meluluskan penambahan enam bulan sekatan untuk mengurangkan penularan Covid-19, dan sejak itu diperpanjangkan dan dipersetujui sebulat suara.

Negara itu kini mencatat 1,722 kes dengan 44 kematian akibat Covid-19. – AFP, 26 September, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen