495 daripada lebih 6,000 penerbangan domestik sepanjang Hari Raya merekodkan kelewatan lebih sejam, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).
Pengerusi eksekutif Mavcom Saripuddin Kasim berkata 119 penerbangan telah ditangguhkan kerana faktor operasi termasuk kekurangan pesawat siap sedia, perhentian malam tidak berjadual kerana waktu sah anak kapal, dan akibat tiba lewat.
Ini diikuti oleh faktor teknikal seperti kerosakan pada pesawat, penyelenggaraan tidak berjadual, dan kekurangan alat ganti atau peralatan penyelenggaraan, yang secara menyeluruhnya menyumbang kepada 25 peratus atau 41 penerbangan tertunda melebihi 2 jam.
“Kedua-dua faktor operasi dan teknikal apabila digabungkan menyumbang kepada 96 peratus (160 penerbangan) daripada jumlah penerbangan yang lewat lebh 2 jam ketika tempoh perjalanan. Faktor lain berkait keadaan cuaca buruk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dua minggu lepas, para enumpang meluahkan marah mereka melalui media sosial terutamanya terhadap AirAsia berhubung penerbangan dijadualkan semula yang “tidak munasabah”, sehingga ada yang terkandas sehingga 10 jam.
Beberapa penerbangan juga ditukar selepas penumpang mendaftar masuk malah beberapa pengembara mengadu mereka terpaksa membeli tiket baharu beberapa kali.
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong telah memberitahu syarikat penerbangan supaya memantau isu teknikal dengan lebih baik yang melibatkan perkhidmatan penerbangan dan komunikasi dengan penumpang.
Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ketua Pemuda DAP Kelvin Yii turut menggesa Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya lebih proaktif dan bertindak terhadap aduan mengenai kelewatan berterusan dan penjadualan semula penerbangan domestik.
Malah beliau menyeru supaya ubah undang-undang tentang pampasan penerbangan, menekankan yang undang-undang sedia ada cuma menyebut tentang kelewatan dan pembatalan penerbangan. – 30 Mei, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen