3 pegawai Mara Corp akan didakwa, kata SPRM


SPRM sudah melengkapkan siasatan terhadap tiga pegawai Mara Corp yang didakwa terbabit kes salah laku dan salah urus syarikat. – Gambar fail Facebook, 31 Mac, 2022.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan siasatan terhadap tiga pegawai Mara Corp yang didakwa  terbabit dalam kes salah guna kuasa dan salah urus syarikat dengan membuat tuntutan mencurigakan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata tiga pegawai terbabit akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

“Saya percaya keputusannya nanti akan berakhir dengan pertuduhan kepada pihak yang kita cadangkan. Yang terbabit itu tiga orang, namun kita serahkan kepada AGC untuk menghalusinya lagi sama ada tiga atau sebahagian daripadanya,” dipetik berkata kepada portal berita Astro Awani.

Terdahulu, Azam pada 1 Mac berkata anggotanya melengkapkan siasatan terhadap beberapa pegawai Mara dan menunggu keputusan daripada Pejabat Peguam Negara.

Seramai lima pegawai Mara didakwa terbabit dalam salah laku.

Pada 7 Februari, pegawia SPRM menyerbu syarikat pelaburan Mara, Mara Corp berhubung tuduhan salah laku membabitkan lima pegawai terbabit.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan lima individu yang disebut dalam Twitter @EdisiSiasat didakwa terbabit salah guna kuasa dan salah laku dalam Mara Corp, membuat laporan polis. – 31 Mac, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen