Harga minyak jatuh ketika peniaga pantau konflik Rusia-Ukraine


West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran April kerugian AS$6.32, atau 5.8 peratus, untuk ditutup pada US$103.01 setong di New York Mercantile Exchange. – Gambar EPA, 15 Mac 2022.

HARGA minyak jatuh semalam ketika peniaga memantau perkembangan terkini berhubung konflik Rusia-Ukraine.

West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran April kerugian AS$6.32, atau 5.8 peratus, untuk ditutup pada US$103.01 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent untuk penghantaran Mei turun AS$5.77, atau 5.1 peratus, untuk ditutup pada AS$106.90 setong di Bursa Hadapan ICE London, lapor Xinhua.

Peniaga terus memantau pusingan keempat rundingan antara delegasi Ukraine dan Rusia yang diadakan semalam melalui pautan video.

Semalam Penasihat Presiden Ukraine Mykhailo Podolyak yang juga anggota delegasi, berkata kedua-dua negara menghentikan seketika rundingan damai. 

Terdahulu, Podolyak berkata bahawa perbincangan antara Ukraine dan Rusia diteruskan, walaupun ia “sukar”.

Bagi minggu berakhir Jumaat, WTI susut 5.5 peratus dan Brent rugi 4.6 peratus, berdasarkan kontrak bulan hadapan. – Bernama, 15 Mac 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen