PBB, AS desak Sudan Selatan bersedia hadapi pilihan raya


Kerajaan Sudan Selatan perlu bergerak pantas bagi melaksanakan peruntukan yang ditetapkan dalam perjanjian menghidupkan semula proses damai, kata Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield. – Gambar EPA, 8 Mac, 2022.

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) menggesa pemimpin Sudan Selatan supaya melakukan lebih banyak persediaan bagi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan dalam tempoh kurang setahun atau berisiko ditimpa “malapetaka”.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pilihan raya berpotensi menjadi detik pembinaan negara, atau malapetaka,” kata utusan PBB ke Sudan Selatan, Nicholas Haysom, kepada Majlis Keselamatan.

“Banyak bergantung kepada kemahuan politik dan kepimpinan Sudan Selatan untuk bekerjasama,” katanya.

Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, berkata untuk “berusaha ke arah demokrasi sejati” kerajaan Sudan Selatan perlu bergerak pantas bagi melaksanakan peruntukan yang ditetapkan dalam perjanjian menghidupkan semula proses damai.

“Ini bermakna proses penggubalan perlembagaan yang inklusif, pembaharuan pengurusan kewangan awam, pengaturan keselamatan dan mekanisme keadilan peralihan,” katanya.

Tambah beliau, “malangnya, kerajaan Sudan Selatan ketinggalan dalam memenuhi pilihan raya utama” yang dinyatakan dalam perjanjian itu.

Haysom merayu supaya penempatan 17,000 tentera dan 2,100 polis kekal buat masa ini dengan keputusan Majlis Keselamatan dijangka pada 15 Mac untuk memperbaharui misi pengaman di Sudan Selatan selama setahun.

Ia salah satu peruntukan terbesar dalam buku PBB, dengan bajet tahunan melebihi AS$1 bilion

“Kami menjangkakan mandat yang cukup fleksibel untuk menyokong pengendalian pilihan raya yang bebas dan adil, atas permintaan kerajaan,” katanya.

PBB pada Februari lalu memberi amaran bahawa Sudan Selatan, yang telah merdeka sejak 2011, berisiko kembali berada dalam kancah peperangan. – AFP, 8 Mac, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen