PKR dakwa ada cubaan sabotaj kerusi Permatang Pauh


Low Han Shaun

Ketua Perhubungan PKR Dr Afif Bahardin (dua dari kanan) berkata rakaman audio yang dihantar kepadanya mendedahkan lebih 800 pengundi dipindahkan secara sulit ke kerusi Permatang Pauh. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Februari, 2018.

PKR hari ini mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa membuktikan terdapat usaha mensabotaj kerusi Permatang Pauh.

Ketua Perhubungan PKR Dr Afif Bahardin mendakwa rakaman itu menyebut mengenai pemindahan sejumlah pengundi polis secara sulit ke kawasan Parlimen tersebut.

“Rakaman itu dihantar kepada saya. Rakaman itu diambil (menurut pihak yang menghantarnya) datang dari Pemukiman Jentera Pilihan Raya Umno Cawangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Rakaman itu yang diperdengarkan dalam sidang media itu adalah ucapan seorang lelaki yang menggesa rahsia lebih daripada 800 pengundi polis dari “Tanjung, yang sebelah dekat Datuk Keramat itu dan yang sebelah Penang Road itu yang dipindahkan secara sulit ke Permatang Pauh.”

Dr Afif mengatakan rakaman itu dihantar kepadanya selepas Pemukiman Jentera Pilihanraya Umno Cawangan di Politeknik Seberang Prai pada 28 Januari.

“Di dalam rakaman audio itu, terdapat satu perkara yang telah menimbulkan kegusaran kami serta mengesahkan dakwaan kami (sekiranya rakaman audio ini adalah benar) yang mana berlaku manipulasi undi terutamanya melibatkan undi pos/undi awal sama ada oleh Umno dan dimudahcara oleh beberapa agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis DiRaja Malaysia,” katanya menambah yang identiti “sumber dipercayainya” tidak akan didedahkan.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut hadir pada sidang media itu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memasukkan isu manipulasi undi dalam sebahagian siasatan korupsi.

“Sebelum ini saya sudah membawa kes pendaftaran pengundi palsu di Wangsa Maju tetapi Pengerusi SPR (Mohd Hashim Abdullah) berkata tindakan perlu diambil oleh polis.

“Jadi dengan pendedahan ini, jika ia melibatkan dua agensi iaitu polis dan SPR, kita tiada pilihan kecuali bergantung kepada SPRM,” katanya.

 The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan yang PKR bimbang akan kehilangan Wangsa Maju, kerusi yang dimenanginya dengan majoriti 5,511 pada 2013 kerana kemasukan hampir 5,000 pengundi yang diragui latar belakangnya.

Pengerusi SPR dilaporkan berkata yang terpulang kepada polis untuk mengambil tindakan ke atas pendaftaran pengundi yang diragui itu. Ia dikeluarkan selepas PKR menggesa polis menahan mereka yang bertangggungjawab.

“Adakah awak fikir mudah dapat rakaman ini? Adakah kami ni nampak macam penyiasat persendirian?...Saya tak fikir permintaan kami melampau sekarang (untuk SPR dan polis buat kerja mereka.)” kata Nurul Izzah lagi.

“Kami gesa tindakan diambil SPRM untuk siasatan (800 pengundi polis.”  – 8 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • audio.. sape2 pun boleh buat.. sejauh mana kesahihannya kita pun tak tahu.. sekarang ni zaman media sosial.. lebih baik buat laporan dan gesa pihak polis jalankan siasatan daripada buat tuduhan melulu macam ni.. kan lebih bagus..

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan