Kumpulan sivil beri polis tempoh seminggu respons siasatan terhadap pendakwah


Ravin Palanisamy

Pendakwah Syakir Nasoha didakwa memperlekehkan agama bukan Islam dan juga masyarakat Dayak ketika memberikan ceramah agama. – Gambar YouTube, 15 Disember, 2021.

GABUNGAN 62 kumpulan masyarakat sivil berbilang kaum hari ini menggesa polis memaklumkan maklumat terkini mengenai siasatan mereka terhadap pendakwah kontroversi Syakir Nasoha yang didakwa menghina orang bukan Islam dalam beberapa video.

Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global S. Shashi Kumar yang mengetuai kumpulan itu, termasuk dari Sabah dan Sarawak, menuntut tindakan daripada pihak berkuasa dalam tempoh tujuh hari akan datang, berkata laporan awal mengenai pendakwah itu dibuat pada 3 Oktober dan masih tiada tindakan sejak itu.

“Sekarang sudah lebih 70 hari, masih belum ada tindakan terhadap pendakwah itu.

“Kami menuntut maklum balas daripada polis dalam tempoh tujuh hari akan datang. Berapa lama mereka perlu bertindak sejak laporan itu dibuat beberapa bulan lalu,” kata Shashi kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada sekretariat Ketua Polis Negara ASP Vishvamalar Sirosagee di depan ibu pejabat polis Persekutuan di Bukit Aman hari ini. – 15 Disember, 2021.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen