Angka kematian Covid-19 di Amerika Latin lepasi 1.5 juta


Brazil melepasi angka 600,000 kematian pada Jumaat, negara kedua yang paling teruk dilanda selepas Amerika Syarikat. – Gambar AFP, 9 Oktober, 2021.

JUMLAH kematian di Amerika Latin akibat Covid-19 melepasi 1.5 juta pada Jumaat, menurut data AFP yang diambil daripada sumber rasmi.

Sekurang-kurangnya 1,500,350 kematian, dengan lebih daripada 45 juta kes virus dicatatkan.

Brazil melepasi angka 600,000 kematian pada Jumaat, negara kedua yang paling teruk dilanda selepas Amerika Syarikat.

Ia diikuti Mexico, Peru, Colombia dan Argentina dari segi kematian.

Peru mempunyai jumlah korban Covid-19 per kapita tertinggi, iaitu 605 kematian bagi setiap 100,00 penduduk.

Di seluruh dunia, wabak ini meragut lebih 4.8 juta nyawa, dengan lebih 237 juta kes dilaporkan.

AFP mengumpulkan angka tersebut daripada kerajaan negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – AFP, 9 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen