MCA bersedia berdepan dengan saingan yang bakal diberi Pakatan Harapan (PH) menerusi kempen pilihan raya pembangkang di kawasan kubu kuat parti komponen Barisan Nasional.
Presidennya Liow Tiong Lai tidak gentar dengan strategi PH itu berkata, MCA sentiasa bersedia dan tidak menghalang mana- mana parti termasuk pembangkang untuk bertanding kerana ia merupakan satu proses demokrasi
“Kita bersedia, sememangnya PH mahu menumpukan setiap kerusi MCA, tapi kita bersedia,” katanya dalam sidang media selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya di R&R Sg Besi, Kuala Lumpur.
Sebelum ini Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata kempen digelar “100 Hari Menjelang PRU14” dengan siri ceramah bermula di Gelang Patah, Johor, dalam usaha terang-terangan mereka menumbangkan parti komponen ke dua terbesar Barisan Nasional (BN) itu.
Liow yang merupakan ahli Parlimen Bentong juga mengatakan persediaan MCA berjalan dengan baik untuk mempertahankan kerusi yang dipegang parti itu sekarang termasuk di Bentong.
PH kini sedang memberi tumpuan kepada beberapa kerusi marjinal dipegang BN, dan menurut Liew, Bentong adalah antara kerusi dalam senarai paling atas dalam bidikan pembangkang.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, Liow nyaris kalah kepada Wong Tack, aktivis alam sekitar yang terjun ke lapangan politik, dengan 379 undi atau lebih kurang 0.6%.
Menteri pengangkutan itu meraih 25,947 undi berbanding Wong yang dapat 25,568 undi. Kawasan itu mempunyai 45% pengundi Melayu, 44% Cina dan 9% India.
PH juga percaya ia mampu membuat kejutan di Ayer Hitam, satu lagi kubu tradisi BN.
Sementara itu, Liow turut mengesahkan bahawa MCA kini sah bertanding di kerusi Gelang Patah, kawasan yang sebelum ini dipinjamkan kepada Umno.
Katanya, MCA juga sedang mengadakan perbincangan untuk mendapatkan kembali kerusi Wangsa Maju.
“Pembahagian kerusi berjalan dengan baik (Gelang Patang dan Wangsa Maju.)
“Apa yang dipinjam kita akan dapat balik.” – 25 Januari, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan
After GE14 will see whether MCA still has the avail to UMNO/BN. But the road in front of MCA is uneven.
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Caztalino Anthony · Ulasan
You will get 0 for parliament and 0 for state seats...
Say goodbye for ever...
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ss Lee · Ulasan