Redzuan negatif Covid-19 selepas 2 ujian saringan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Yusof telah disahkan negatif Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Januari, 2021.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof disahkan negatif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan, hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) hari ini, Redzuan telah menjalani dua kali ujian saringan dan melaksanakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 bagi sampel kedua ke atas Redzuan pada 14 Januari dan telah disahkan negatif, hari ini.

“Dimaklumkan bahawa kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 bagi beliau sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan negatif dan tempoh HSO beliau tamat pada hari ini,”  menurut kenyataan itu.

Redzuan menjalani ujian saringan Covid-19 selepas menjadi kontak rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed. – Bernama, 15 Januari, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen