SEKURANG-kurangnya 200 katak emas terancam berjaya diselamatkan dari ancaman kulat ‘superfungus’.
Kulat itu menjadi punca kepupusan spesies amfibia negara itu, situasi itu digambarkan para saintis sebagai “kritikal.”
Katak berwarna kuning atau emas dengan bintik hitam itu menikmati persekitaran terkawal di dalam tangki ikan di Institut Penyelidikan Tropika Smithsonian (STRI), sebuah kemudahan seluas 5,000 kaki persegi (465 meter persegi) di Gamboa, utara bandar Panama.
Katak emas Panama kini jarang dilihat di habitat asalnya, ia diancam kulat “superfungus” yang mencemarkan kawasan habitat amfibia itu di alam liar.
Menurut laporan World Wildlife Fund (WWF) yang diterbitkan minggu ini, planet ini telah menyaksikan kepupusan dua pertiga spesies vertebrata dalam masa kurang dari 50 tahun.
Dipercayai semakin pupus di alam liar, kira-kira 1,500 katak emas Panama kecil kini boleh dijumpai di zoo di mana spesies itu boleh membiak.
“Di Panama, kita boleh katakan bahawa kira-kira sepertiga dari 225 spesies amfibia kini terancam,” kata penyelidik STRI Roberto Ibanez.
Gina Della Togna, pakar biologi molekul dan selular di Universiti Maryland, menggambarkan keadaan itu sebagai sangat “kritikal.” – AFP, 13 September, 2020.
Komen