DUA bekas presiden Panama, Ricardo Martinelli dan Juan Carlos Varela, didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram pada Khamis.
Skandal berkenaan sekaligus mencemarkan legasi politik dua bekas sekutu itu yang kini bermusuh.
Martinelli didakwa melakukan kesalahan itu berhubung apa yang dipanggil kes “Perniagaan Baharu” yang mana kumpulan penerbitan didakwa membuat pembelian menggunaan dana kerajaan ketika pentadbirannya pada 2009 hingga 2014.
Martinelli, 68, yang berang dengan dakwaan itu dilihat meninggalkan pejabat pendakwa raya di Panam city.
“Saya berterus terang dengan kamu, saya sangat marah dengan perkara ini, hukuman politik ini tidak akan berakhir…mereka mahu babitkan saya dalam kes ini,” katanya selepas enggan beri keterangan.
Martinelli ditahan dalam penahanan pra-perbicaraan selama dua tahun selepas diekstradisi daripada Amerika Syarikat untuk dibicarakan atas dakwaan mengintip.
Sementara itu, Varla didakwa atas tuduhan pengubahan wang hara dalam kes Odebrecht,” kata pejabat pendakwa raya kepada AFP.
Bekas presiden berusi 56 tahun itu disiasat kerana didakwa menerima derma haram untuk kempen politiknya daripada syarikat pembinaan gergasi Brazil, Odebrecht.
Varela yang meletakkan jawatan tahun lalu berkata, beliau sanggup hadir ke mahkamah seberapa kerap yang perlu untuk buktikan dirinya tidak bersalah. – AFP, 3 Julai, 2020.
Komen