11 maut dalam banjir kilat di Panama


SEBELAS orang dari satu keluarga terbunuh selepas kediaman mereka dihanyutkan banjir kilat di Panama pada Ahad, kata pihak berkuasa.

Sembilan daripada mereka masih bawah umur, kata ketua perkhidmatan pertahanan awam, Carlos Rumbo.

Dua lagi dilaporkan masih hilang apabila Sungai Bejuco di wilayah Veracus di barat Panama City melimpah berikutan hujan lebat.

Presiden Laurentino Cortizo mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa menerusi Twitter.

Perkhidmatan pertahanan awam turut memberi amaran ribut serta angin kencang akan melanda kebanyakan kawasan di negara-negara Amerika Tengah. – AFP, 10 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen