AHLI DAP Zaid Ibrahim perlu bertanggungjawab terhadap komennya mengenai Sultan Selangor, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.
“Saya rasa ahli kami dibenarkan menyuarakan pandangan mereka tetapi mereka perlu berdepan dengan kesannya, betul atau salah…terutama sekali bila (Zaid) tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti,” kata Pua kepada wartawan hari ini.
Pua enggan mengulas lanjut mengenai pendirian parti dalam isu itu.
Zaid pada Selasa menerusi akaun Twitternya menulis: “Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah baginda, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar,”
Pada Rabu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos dan penyokongnya membakar kadbod gambar bekas menteri undang-undang itu di PWTC.
Hari ini pula, Jamal mengugut untuk memecahkan kepala Zaid menggunakan tukul, Jamal berkata: “Hammer 5 kilo inilah yang akan pecahkan kepala Zaid Ibrahim jika undang-undang lambat (kenakan tindakan)”.
Zaid hari ini berkata beliau mahukan perlindungan polis selepas ugutan Jamal itu.
“Saya bimbang keselamatan saya dan keluarga, dengan ugutan Jamal dan rakan rakan Umno untok memukul kepala dengan tukul besar. Saya harap IGP yang budiman dapat menjaga keselamatan kami,” tulisnya di Twitter.
Bekas ahli Parlimen Umno bagi Kota Bharu itu berkata beliau tidak fikir pemimpin Umno akan meredakan keadaan.
“Jadi kepada polis sajalah kami bergantung,” kata Zaid.– 8 Disember, 2017.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ujang Mohd · Ulasan
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan