Zaid perlu tanggung baik buruk kesannya, kata Tony Pua


Bede Hong

Zaid Ibrahim perlu bertanggungjawab berkaitan kenyataannya tentang Sultan Selangor, kerana semua ahli DAP ada hak bersuara tetapi perlu menanggung kesannya, baik atau buruk, kata Tony Pua. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Disember, 2017.

AHLI DAP Zaid Ibrahim perlu bertanggungjawab terhadap komennya mengenai Sultan Selangor, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.

“Saya rasa ahli kami dibenarkan menyuarakan pandangan mereka tetapi mereka perlu berdepan dengan kesannya, betul atau salah…terutama sekali bila (Zaid) tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti,” kata Pua kepada wartawan hari ini.

Pua enggan mengulas lanjut mengenai pendirian parti dalam isu itu.

Zaid pada Selasa menerusi akaun Twitternya menulis: “Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah baginda, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar,” 

Pada Rabu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos dan penyokongnya membakar kadbod gambar bekas menteri undang-undang itu di PWTC.

Hari ini pula, Jamal mengugut untuk memecahkan kepala Zaid menggunakan tukul, Jamal berkata: “Hammer 5 kilo inilah yang akan pecahkan kepala Zaid Ibrahim jika undang-undang lambat (kenakan tindakan)”.

Zaid hari ini berkata beliau mahukan perlindungan polis selepas ugutan Jamal itu.

“Saya bimbang keselamatan saya dan keluarga, dengan ugutan Jamal dan rakan rakan Umno untok memukul kepala dengan tukul besar. Saya harap IGP yang budiman dapat menjaga keselamatan kami,” tulisnya di Twitter.

Bekas ahli Parlimen Umno bagi Kota Bharu itu berkata beliau tidak fikir pemimpin Umno akan meredakan keadaan.

“Jadi kepada polis sajalah kami bergantung,” kata Zaid.– 8 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Sekurang kurang zaid bokeh rasa tinggi rendah langit bila sering menykong liberalisme dan lgbt kerana bila tersepit tiada saoa akan menolong anda..

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ujang Mohd · Ulasan

  • Zaid orangnya bijak. Melalu Zaid, kita dapat kenali berbagai kehodohan dan kemunafikan manusia. Zaid bagus!

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan