CEO PNB letak jawatan, kata laporan


Jalil Rasheed merupakan CEO termuda PNB. – Gambar Twitter, 15 Jun, 2020.

JALIL Rasheed letak jawatan ketua pegawai eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini, lapor Focus Malaysia.

Laporan memetik sumber itu menyebut Jalil telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dan pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.

Laporan itu juga menambah peletakan CEO termuda syarikat pengurusan pelaburan itu akan dibincang lembaga PNB hari ini.

Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad Ahmad Zulqarnain Onn serta Presiden dan CEO Kumpulan Maybank Abdul Farid Alias antara nama yang disebut-sebut sebagai pengganti Jalil.

The The Edge minggu lalu melaporkan isu berkaitan pelantikan Jalil, 38, menjadi sebab peletakan jawatan beliau.

Beliau dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 1 Oktober lalu bagi menggantikan Abdul Rahman Ahmad. – 15 Jun, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen