Jalil Rasheed dilapor bakal berundur daripada PNB


Laporan menyebut PNB bakal berdepan rombakan kepimpinan apabila CEO Jalil Rasheed dikatakan akan berundur. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Jun, 2020.

JALIL Rasheed dijangka meninggalkan Permodalan Nasional Bhd (PNB) selepas berkhidmat sebagai presiden dan CEO hanya tujuh bulan, lapor The Edge Weekly.

Laporan memetik sumber berkata lembaga pengarah akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara itu.

Zeti Akhtar Aziz, bekas gabenor Bank Negara Malaysia, sekarang adalah pengerusi PNB.

Dikatakan isu berkisar tentang pelantikan Jalil, 38, adalah sebab beliau berundur.

Jalil adalah ketua PNB termuda dilantik kerajaan Pakatan Harapan pada Oktober tahun lalu, menggantikan Abdul Rahman Ahmad.

Sekiranya beliau berundur daripada PNB, beliau akan menjadi CEO paling singkat mentadbir agensi pelaburan nasional itu. – 13 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen