SELEPAS hampir lima bulan ditutup akibat penularan pandemik Covid-19, Disneyland Hong Kong akan dibuka semula Khamis ini, kata pihak pengurusan taman tema itu hari ini.
Pengunjung dikehendaki tandatangani perakuan kesihatan, periksa suhu badan dam memakai topeng sepanjang masa, menurut kenyataan Disneyland Hong Kong.
Ia cawangan kedua dibuka selepas Shanghai Disneyland menyambung semula operasi bulan lalu.
Cawangan lain di Tokyo dan Paris masih ditutup, manakala cawangan utama di California barcadang untuk menerima pengunjung pada Julai.
Hong Kong setakat ini melaporkan 1,000 kes jangkitan Covid-19 dengan empat kematian. – AFP, 15 Jun, 2020.
Komen